I made this widget at MyFlashFetish.com.

.: Awesome Follower :.

Thursday, February 12, 2009

*LeLaKi CaNtiK & WaNiTa GaGaH*


Kecantikan Lelaki :.
Kecantikan seorang lelaki bukan terletak pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa,
Kecantikan lelaki berdiri diatas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi,
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.....
Kegagahan Wanita:.
Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menaggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri diatas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
" Nafsu menyatakan wanita cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmunya, dan hati menyatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

3 comments:

dAkBaiK said...

hellop :)

budak kampung said...

saya lelaki ape??hehe,anyway good article

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tertarik artikel nih :)